NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT DWI TAHUNAN (BGM) 2015 PERSATUAN LAWN TENIS MALAYSIA

NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT DWI TAHUNAN (BGM) 2015 PERSATUAN LAWN TENIS MALAYSIA

 

13 November 2015

 

Kepada:           Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Lawn Tenis Malaysia

                          Semua Ahli Gabungan Persatuan Lawn Tenis Malaysia

 

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Dwi Tahunan (BGM) 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 14 November 2015 (Sabtu) pada jam 3.00 petang di “Player’s Lounge”, Kompleks Tenis Tun Razak, Jalan Duta telah DITANGGUHKAN bagi memberi laluan kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin membuat sebarang keputusan mengenai status Mesyuarat Dwitahunan (BGM) 19 September2015 Persatuan Lawn Tenis Malaysia yang diadakan secara tidak sah.

Penetapan tarikh Mesyuarat Dwi Tahunan (BGM) 2015 yang baru akan diberitahu kelak setelah mendapat keputusan muktamad daripada  Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin.

Pihak Persatuan Lawn Tenis Malaysia ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul di atas penangguhan ini. 

Sekian.