Home » Presidents Archive

     October 2011

Our Right Of Reply

 KENYATAAN AKHBAR

KUALA LUMPUR, 30 September, 2011- Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) ingin merakamkan kekecewaan terhadap laporan berat sebelah Berita Harian yang boleh disifatkan berniat jahat serta bertujuan mencemar imej LTAM. 

LTAM juga hairan dan sedih kerana Berita Harian tidak menyiarkan kenyataan akhbar yang dihantar melalui e-mel kepada pihak atasan Berita Harian yang bertanggungjawab terhadap penulisan wartawan Hussain Said.

LTAM telah menjelaskan keadaan sebenar berikutan beberapa siri artikel yang tersiar dalam akhbar Berita Harian yang boleh dianggap berat sebelah dan diselang-seli dengan penulisan menjatuhkan imej LTAM.

Sebaliknya saudara Hussain Said seolah-olah dibiarkan menulis tanpa batasan dan pemantauan daripada pihak atasan, terus-terusan menulis dan membuat tuduhan serta tohmahan sehingga ke tahap tidak perlu lagi memohon keterangan daripada LTAM.